Why You Can Trust Us?

> 20 Years Experience

> 20,000 Completed Therapies

Modern & Comfortable Place

 

Onco Life Article 11: Phone KT

 

Phone KT

Onco Life Center Media Article 11

Phone KT

Saat itu, perasaannya bercampur baur termasuk sangat terkejut, sedih dan umpama hilang semangat sehingga dia hampir rebah selain merasakan dunia sekelilingnya gelap-gelita.

Phong berkata, dia langsung tidak pernah menduga akan menjadi antara mangsa kanser memandangkan dia seorang yang amat mementingkan kesihatan dan menjalani aktiviti-aktiviti kehidupan secara positif antaranya tidak merokok, bersenam setiap hari serta tidak mengambil minuman keras.

Bercerita lanjut, katanya, pada 2006, ketika berusia 66 tahun, dia melakukan rutin tahunan pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan dan dia amat terkejut apabila doktor mengatakan dia menghidap kanser kolon.

Kurang yakin dengan keputusan itu dan sukar menerima kenyataan membuatkan Phong menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan lain dan jawapannya tetap sama.

Akhirnya, Phong menjalani pembedahan untuk membuang 119 milimeter (mm) kolon dan dirawat selama lima hari di hospital.

Melalui nasihat Pakar Perunding Onkologi Perubatan, Dr. Christina Ng yang juga penulis buku sumber untuk pesakit kanser, My Jurnal, dia menjalani rawatan kimoterapi.

"Selepas pembedahan dan ditambah sokongan kuat daripada isteri, keluarga, rakan-rakan dan Dr. Christina, saya mula bersemangat menjalani rawatan kimoterapi untuk melawan serta merawat kanser.

"Rawatan kanser adalah perjalanan dan perjuangan yang panjang jadi saya sedar bahawa saya perlu sentiasa berfikiran positif kuat untuk mengubatinya.

"Pada masa sama, saya mendapatkan nasihat daripada Dr. Christina dan membaca maklumat mengenai kanser bagi mendapatkan lebih pengetahuan berhubung penyakit ini melalui buku atau majalah yang dibeli sendiri atau diberi rakan-rakan yang amat menyokong untuk melihat saya pulih," katanya.

Dia berkata demikian ketika berucap menceritakan pengalamannya sebagai pesakit kanser pada pelancaran buku My Journal Edisi Ke-2 di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

 

Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin.

Menyambung ceritanya, Phong berkata, sebelum mendapatkan nasihat daripada Dr. Christina dan mana-mana sumber mengenai pemakanan pesakit kanser, isterinya hanya menyediakan ikan sebagai sajian hariannya kerana kerana khasiatnya dikatakan merawat penyakit ini.

"Sehingga satu peringkat saya hampir tidak lalu makan ikan kerana jemu," katanya.

Namun, selepas dia dan isteri mendapatkan nasihat daripada Dr. Christina, barulah mereka tahu banyak jenis makanan lain yang boleh dinikmati pesakit kanser sehingga kadangkala termasuk nasi lemak serta roti canai.

Sekarang ini, setiap hari, dia akan menikmati sebiji pisang, roti, quaker oat, telur separuh masak, tomato serta labu sebagai menu sarapan selain hidangan berkhasiat untuk makan tengahari dan malam. Bagi pesakit kanser, mereka perlu makan pada waktu tepat untuk ketahanan badan melawan penyakit.

Setiap hari juga, tambahnya, dia akan bangun seawal pukul 5.30 pagi. Selepas bersarapan, dia akan berjalan kaki di taman tasik, melakukan senaman 'tarik nafas' selama 45 minit, melakukan aktiviti sihat serta tidur pada pukul 10.30 malam.

Phong mengakui orang lain hanya mampu memberikan panduan dan nasihat kepada seseorang pesakit kanser tetapi diri sendiri yang perlu berusaha untuk merawat penyakit itu.

Pesakit kanser, katanya, perlu mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi pulih daripada penyakit tersebut. "Anda mungkin sukar percaya jika saya kata, hari ini saya mampu memanjat tangga yang tinggi, melakukan aktiviti kecergasan dan mampu melakukan banyak aktiviti seperti orang sihat.

"Nasihat saya kepada pesakit kanser, mereka perlu mendapatkan ilmu yang banyak mengenai penyakit mereka daripada sumber yang tepat dan satu daripadanya adalah My Jurnal.

"Selama saya menggunakannya, saya dapati buku itu sangat inovatif dan membantu dari segi mengajar pesakit mengetahui secara terperinci pelbagai isu mengenai kanser termasuk apa itu kanser, bagaimana menghadapi dan kaedah rawatannya," ujarnya.

Buku My Journal Edisi Ke-2 adalah lanjutan My Journal Edisi Pertama diilham dan ditulis oleh Dr. Christina yang juga pengasas dan presiden Persatuan Penyokong Pesakit Kanser Malaysia. Ia mengandungi pengetahuan mengenai aspek-aspek asas serta lanjutan rawatan kanser selain bertindak sebagai pemantau pesakit.

Ia dibahagikan kepada sembilan bahagian iaitu Alamat dan Maklumat Peribadi Saya; Ujian yang Perlu Saya Jalani; Rawatan untuk Kanser; Beberapa Kesan Sampingan untuk Diawasi; Kesan Ke atas Kehidupan Peribadi dan Keluarga Saya; Sejarah Perubatan Saya; Pengalaman Rawatan Semasa Saya; Sumber Saya; dan Kalendar Saya.

Dimuatkan dengan ilustrasi-ilustrasi menarik, buku kecil ini memberi pesakit kanser dan keluarga maklumat penting serta beberapa petua berguna untuk menangani penyakit yang ditakuti semua orang ini.

 

What our patients say in Google review:

Make an Appointment

Receive useful tips from Dr Christina Ng Van Tze about Cancer ×

Booklet General Booklet